Ciri-ciri Burung Lang Lebah

Burung Lang Lebah ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Lang Lebah adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Lang Lebah tidak bergigi.

Ia adalah lebih besar dan sayap lebih lebar berbanding burung yang sama di barat Pernis apivorus.

Ia kelihatan berleher panjang dengan kepala keci;, dan melayang dengan sayap yang rata. Ia mempunyai ekor panjang dan bulu kepala pendek. Keperangan di bahagian atas, tetapi tidak segelap Honey Buzzard, dan lebih pucah di bahagian bawah. Terdapat gelang gelap di bahagian tekak.

Agak luar biasa dikalangan burung pemangsa, jantina keduanya dapat jelas kelihatan. Burung jantan mempunyai kepala biru-kelabu, sementara kepala burung betina bewarna keperangan. Burung betina lebih besar dan gelap erbanding burung jantan. Burung jantan mempunyai ekor hitam dengan gelong putih, sementara burung betina menyerupai Honey Buzzard betina.